Sabtu, 6 Februari 2010

26 tahun

Selamat hari lahir...igt..."kita" dh makin tua..jd "kita " perlu lebih matang...."kita" kena bijak dlm membuat keputusan...
Jaga amanah yang Dia dh beri kat "kita" ni....."kita" selalu kena igt mengingati....
Jalan "kita" satu..tujuan "kita" pun satu...
Ya Allah..Rahmatilah "kami" ya Allah...peliharalah Iman "kami" ya Allah.... lindungilah "kami" ya Allah.....Murahkan rezeki "kami" ya Allah....permudahkan jalan "kami" ya Allah....
Amin...Ya Rabbalalamin..

Rabu, 3 Februari 2010

Berdoa tanpa pengetahuannya

Berdoa untuk orang tanpa pengetahuannnya adalah suatu bentuk doa yang berfaedah bagi kita dan orang lain. Doa sebegini disebut sebagai Ad Du’aa’ fi zahr al ghayb. Nabi sallAllah ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:
دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ

“Doa seorang Muslim bagi saudaranya tanpa pengetahuannya adalah mustajab (terkabulkan). Pada sisi orang yang berdoa itu malaikat yang bertugas mengaminkan doanya. Setiap kali dia mendoakan bagi saudaranya satu kebaikan nescaya malaikat itu akan berkata : Amin dan bagi engkau adalah seperti yang engkau doakan bagi saudaramu.”
(Riwayat Muslim) Jadi jika anda inginkan kebahagiaan, kejayaan dalam peperiksaan, ketenangan dan segala apa yang dihajati maka doakanlah untuk saudara anda nescaya inysaAllah hajat anda akan terkabul.


sumber:
Zulkifli Ismail
Biro Dakwah dan Pendidikan KPNK

Apa itu Istidraj...

Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya “Kenapa kadang kala kita lihatseseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?”.So,Fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.Teringat juga Fendi pd satu penjelasan ustazah sekolah rendah dulu.Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita.Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat,kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa. Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drptimbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.Rasullulah s. a.w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuila h bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkelirudengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanyaadalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja,bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasasahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah,kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yangberamal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli,sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allahmem berikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab NasaibulæIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawahbatu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin puntidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Diabegitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-samahar tanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangkaAllah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orangyang berbuat maksiat hidup senang /mewah.Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kayaberibadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat,hidup kita mesti ada pegangan.Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidupkita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmatyang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha danikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yangdiperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.Wallahualam.

“Dari Abdullah bin ‘Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:” Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..”



*mohon teguran jika apa yg di post adalah silap dan bertantangan*

Cinta teragung dari rasulullah saw..

Rasulullah saw, seorang rasul penutup, seorang rasul yang telah memberikan petunjuk Allah swt melalui Al Quran untuk kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat. Seorang rasul yang menjadi kekasih Allah swt dan seorang rasul yang terlalu mencintai umatnya. Rasa cinta kepada umatnya terlalu agung sehinggakan saat-saat kewafatan sekali pun rasulullah saw sentiasa memikirkan akan umatnya. Betapa agung akan cinta rasulullah saw kepada umatnya, betapa bersungguhnya pengorbanan yang telah dilakukan oleh rasulullah saw sehinggakan kita dapat merasai akan nikmat Islam hari ini.

Marilah kita sama-sama membacakan detik-detik terakhir kehidupan rasulullah saw ini kepada anak-anak dan isteri atau ahli keluarga kita, marilah kita mengimbas kembali akan suatu peristiwa agar anak-anak kita dapat merasakan betapa kasih dan sayang rasulullah saw kepada umatnya, apabila kita merasai akan kasih dan cinta rasulullah saw maka kita perlu membalas perasaan cinta yang diberikan dengan sentiasa mengingati dan melakukan yang terbaik seperti yang diajarkan oleh rasulullah saw.

Senyuman mu rasulullah saw sentiasa mengembirakan hati para sahabat, tegas mu rasul memberikan keyakinan kepada hati-hati agar menjadi lembut untuk berkasih kerana Allah swt, cintamu kepada umat ini menjadikan dirimu di utamakan oleh para sahabat, pengorbanan yang engkau tunjukkan tiada tandingnya, Engkau adalah rasul yang perlu dijadikan ikutan, menjadi petunuk, menjadi idola, menjadi kekasih yang amat sukar untuk dilupakan. Mungkin tidak pernah melihat wajahmu ya rasul, tapi cerita pengorbananmu sentiasa melambangkan akan kasih dan cinta mu kapada kami, berikanlah ya Allah untuk kami merasai cinta kepada rasulmu dan juga kepadaMu Ya allah, sesungguhnya hanya engkau yang mampu memberikan segala-galanya dan berikkan kami secebis cinta agar kami benar-benar kembali kepada Mu dan dapat menemui kekasihMu rasulullah saw.

Ya Allah! Jadikanlah hati-hati kami lembut didalam mengingatiMu, jadikan kami sentiasa mengharap akan cinta kepadaMu, berikanlah kami perasaan kasih dan cinta kepada RasulMu, Ya Allah, engkau ikhlaskanlah hati-hati kami, engkau berikan lah kami perasaan bertaqwa dan jadikanlah kami benar-benar mendirikan solah, jadikanlah kami orang yang benar-benar takut kepada nerakaMu, jadikanlah kami orang yang benar-benar mengerti akan makna siksaan nerakaMu agar kami benar-benar cuba menjauhkannya, jadikah kami orang yang benar-benar berusaha untuk mendapatkan surgaMu, namun hanya Engkau yang yang berkuasa dan memilih hamba-hamba yang akan memasuki surgaMu, Ya Allah, hanya engkau yang memberi maka berilah kepada kami kehidupan yang baik di dunia dan diakhirat. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami, sesungguhnya Engkau maha pengampun dan pemberi ampun. Amin.

Antara dua cinta

“ Ish..banyak tu. Macam-macam warna ada, “ tiba-tiba suara ayah menyapa dari belakang. Saya yang sedang asyik mengemas beg sebelum bertolak pulang ke kampus, menoleh dan melemparkan senyum malu-malu. Faham dengan sapaan ayah..apa yang dimaksudkannya banyak dan berwarna.

“ Mana ada banyak ayah. Tiga helai tudung lama, dua je yang masih baru“ saya menjawab ramah. Saya mengesot sedikit ke tepi dinding untuk memberi ruang ayah duduk bersila.

“ Baru atau lama tak penting. Yang utama tahu apa tujuan dan niat pemakainya. Bimbang tak terjawab nanti di akhirat sana, “ nasihat ayah. Masih sempat ayah menitip sepatah dua peringatan diri, walau nampak remeh tapi besar jika difikir jernih.

WARNA-WARNI DOSA

Entah kali keberapa saya menggeleng kepala begitu. Gelengan kesal berbaur hiba. Kesal kerana yang putih semakin kelam, berubah kelabu warnanya. Hiba dek mengenang masa depan anak-anak yang kian membesar di depan mata. Bagaimana agaknya corak dunia mereka bila dewasa.Hari ini saya menggeleng kepala lagi. Gambar-gambar yang tertera berwarna-warni memang indah bila nafsu yang beraja di mata. Akan tetapi, jika diguna kacamata Iman dan ilmu yang sedikit dalam dada, bukan itu sepatutnya yang bertakhta.

Di hadapan, saya menatap wajah-wajah model dengan pelbagai gaya digunakan untuk mengiklan pakaian yang dilabel sebagai ‘fesyen Islami’ atau nama lainnya ‘busana muslimah’. Gelengan pertama kerana model-modelnya yang tampil dengan gaya menggoda. Dan gelengan kedua, ketiga dan seterusnya pula kerana bentuk pakaiannya. Lebih-lebih lagi iklan yang dipapar itu kemungkinan besar dibaca oleh ramai wanita di luar sana, baik bekerja mahu pun suri rumahtangga. Akhbar arus perdana, tentu liputannya luas melata.

Kalau dulu ‘fesyen islami’ dipandang sepi, tapi kini munculnya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di siang hari. Banyak dan merata. Bagaimana wanita Islam tidak rambang mata. Koleksi pakaian yang tersedia semuanya diilhamkan dari keindahan peribadi seorang perempuan. Pelbagai elemen disuaipadan, gaya tradisi bercampur ranggi, motif songket disulam butiran manik sebagai penyeri, malah ada yang berkilau dengan taburan mutiara dan bermacam-macam lagi. Dikatakan dengan adanya elemen-elemen tersebut, mampu mengindahkan lagi koleksi busana rebutan wanita masa kini. Tudung pula dinaiktaraf dengan menggunakan nama-nama besar industri muzik dan lakonan tanahair. Semuanya menampilkan tema yang serupa, iaitu walau bertudung tapi tetap mampu tampil mempesona.

Inilah hakikat Muslimah akhir zaman. Menutup aurat (kata mereka), tapi pakaian masih ketat menampakkan susuk indah tubuh mereka. Berpakaian sopan, tapi dengan warna dan perhiasan yang menarik pandangan. Memakai tudung tapi nipis dan jarang, yang panjang dililit pendek hanya melepasi bawah leher. Jelasnya, busana muslimah yang wujud kini sudah banyak disalaherti.

GOLONGAN AGAMA YANG ‘KELIRU’

“ Terkejut akak, Ina…,” kata Cikgu N, sebaik duduk di kerusi sebelah saya. Dia baru sahaja pulang dari majlis penganugerahan khidmat cemerlang di Shah Alam.

“ Kenapa, kak ? terkejut sebab ramai guru yang terima anugerah ke ?,” saya tersenyum membalas sambil cuba berjenaka.

“ Bukan.. akak terkejut sebab ada beberapa orang ustazah yang juga menerima anugerah, tapi gaya..fuh! kalah kami guru-guru biasa. Tudung berjurai-jurai dengan ‘brooch’ dua tiga, berkilat-kilat lagi. Baju agak ketat, bersolek pula lagak selebriti, “ Cikgu N bercerita sambil menggeleng kepala. Saya yang mendengar rasa kecewa dan hampa. Golongan agama yang diharap mampu menjadi contoh, tapi tampil dengan watak sebaliknya. Mereka keliru dan mengelirukan orang lain pula.

Saya sering bertanya sendiri, apa agaknya yang ingin dibuktikan oleh golongan agama seperti ini. Adakah mereka mahu menunjukkan kepada ramai, walaupun mereka bergelar ‘ustazah’ namun mereka boleh mengikut arus fesyen semasa. Atau mereka ingin meningkatkan keyakinan diri untuk berdepan dengan wanita-wanita bergaya agar mudah diajak kepada agama.

Hakikatnya mereka tertipu dengan pesona dunia, juga masih tidak berdaya menolak bisikan nafsu yang beraja dijiwa. Lantas mereka menampilkan diri sebagai golongan agama mengikut acuan dan kehendak diri mereka. Syari’at agama bukan lagi sebagai neraca yang menentukan salah dan benar bagi rupa dan gaya, tetapi hanya sebagai daya penarik untuk lebih dikagumi dan dihormati pada pandangan manusia. Kesampingkan dulu ciri-ciri pakaian yang sebenar dituntut agama. Pedulikan saja kata-kata ulama’ terdahulu tentang pakaian wanita ketika berada di luar rumahtangga. “ Kami golongan agama yang mengikut peredaran masa, kami beragama tapi kami juga boleh menawan mata, “ mungkinkah itu bisikan hati mereka ?

“ Apa pandangan Ina tentang Ustazah begini? “ Cikgu N masih belum berganjak dari tajuk bicara.

“ Itu tandanya mereka juga manusia biasa, “ saya menjawab bukan untuk membela, tapi sebagai membuka mata dan jiwa bahawa seorang manusia walau siapa pun dia, tetap tidak lari dari berbuat dosa.

“ Walaupun begitu, saya tetap berpendapat tidak wajar golongan yang memiliki kefahaman lebih tentang agama ini, berpenampilan jauh dari landasan sebenarnya. Mereka yang diharap menjadi penyuluh dari kegelapan, namun menyebar asap yang makin menjerebukan pandangan.Kerana itu, tidak hairan kalau hari ini semakin ramai wanita bertudung tapi jauh dari akhlak Islam, dari remaja sekolah hingga wanita dewasa. Menutup aurat tapi mulut becok mengata. Menutup aurat tapi berpelukan dengan pasangannya dan berbagai lagi. Akhirnya, jadilah ‘orang yang bertudung’ seperti ini menambah fitnah kepada agama bukan membantu menzahirkan indah dan cantik Islam di mata manusia, “ saya meluahkan sesak di dada.

“Bukan semua golongan agama boleh menghayati sebaiknya ajaran agama. Jadi, ambillah yang baik dari kata-kata dan tindakan mereka dan tinggalkan apa yang bertentangan dengannya. Manusia seperti saya dan mereka yang bergelar ustazah bukan hujjah untuk menentukan benar atau salah sesuatu perkara, tapi kembalilah kepada al Quran dan sunnah. Hanya dua neraca ini yang boleh menyelamatkan manusia dari sesat di dunia, “ saya berhenti memberi ruang kepadanya berfikir.

PERINGATAN DARI DUA NERACA

Sebaik-baik pakaian ialah pakaian taqwa. Justeru, hanya dengan ketaqwaan yang sebenar kepada Allah, menjadikan seseorang itu redha untuk tunduk kepada setiap suruhan dan laranganNya. Tubuh yang cantik dan indah bukan tiket untuk meraih perhatian manusia, tetapi sebagai ujian ketaatan selaku hambaNya. Firman Allah SWT yang bermaksud :

Dan tidaklah (patut) bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah tersesat, sesat yang nyata. (Surat Al-Ahzab ayat 36 )

Allah SWT juga menegaskan di dalam ayat lain melalui firmanNya yang bermaksud :

Kemudian sesungguhnya pada hari itu kamu akan ditanya tentang segala ni'mat yang telah dini'mati kamu (di dunia). ( at Takathur ayat 8 )Kurniaan yang pelbagai dari Allah di dunia ini, harus di salur kepada usaha mengajak manusia agar mengabdikan diri kepadaNya. Biar pun hanya sekadar tudung dan pakaian yang menutup aurat menurut syari’at, mampu mengawasi pemakainya untuk lebih menjaga tingkahlaku dan akhlak selaras dengan pakaian yang dipakai. Kerana, pakaian itu melambangkan imej agama yang mulia, suatu tanggungjawab dan amanah bagi orang-orang yang insaf tentang dosa dan pahala.

Jangan nanti ketika di Mahsyar untuk diadili, pakaian indah biar pun menutup aurat di dunia hanya menjadi saksi kepada rasa angkuh, riak dan ujub dalam diri. Atau, menjadi bukti bahawa pemakainya pernah melakukan dosa ‘mengelirukan‘ manusia lain tentang kewajipan menutup aurat yang sebenarnya, nauuzu billahi min zaalik. Bukan ‘fesyen islami’ atau ‘busana muslimah‘ yang akan membantu di sana, akan tetapi amalan jasad dan rohani yang selari dengan maksud ‘menutup aurat’ yang dituntut Ilahi.

Rasulullah SAW mengingatkan tentang ramainya wanita menghuni neraka. Sekian banyak sabda Baginda, sematkan semuanya di dalam jiwa. Bayangkan sakitnya rambut disentap tangan si anak kecil, tentulah kesakitan ditarik rambut di dalam neraka hingga menggelegak isi kepala tidak terbayang rasanya. Bayangkan pula pedihnya jari terhiris pisau yang tajam bergerigi, tentu tidak terbanding pedihnya badan yang dipotong dengan gunting api neraka.

Di dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Baginda bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)


( Rujukan lanjut : artikel UZAR )

HATI..SEJAUH MANA PUTIHMU...

KAIN PUTIH.......
Ayah : Nah! ayah berikan kamu sehelai kain putih untuk kamu ..
Anak : Terima kasih ayah.... tapi kenapa ayah berikan kain putih ini kepada saya
Ayah : Jagalah dia baik2 ,bawalah ia kemana2 pun kamu pergi dan andainya ayah masih hidup menjelang umur kamu yg ke 40 tunjukkan kembali kain ini kepada ayah.
Anak : Baiklah ayah

Masa berlalu dengan pantas.... kini si anak tadi sudah dewasa..... menjelang umur si anak 40tahun maka dia pergi menziarah ayahnya yang sedang sakit dan menunjukkan kain putih pemberian ayahnya dulu....siayah melihat kain tersebut telah kusam, tidakterurus, bertompok kelabu, tompok gelap tidak seperti keadaan semasa kain tersebut diberikan kepada anaknya dahulu.....

Ayah : 'kamu tahu aiman..... apakah maksud pemberian kain putih ini dahulu kepada mu'
Anak :. 'sebagai amanah ayah untuk aiman jaga dan bawa kemana2 aiman pergi seperti mana ayah pesan dulu.
Ayah : betul..tapi kenapa keadaannya tidak seputih dulu?
Anak : 'memanglah ayah....keadaan masa dan persekitaran tempat telah membuatkan kain itu kotor dan tidak seperti sebelumnya' 'Tapi ayah.....kenapa ayah minta aiman tunjukkan semula kain ini kepada ayah setelah aiman berusia 40 tahun?'
Ayah : aiman.....usia 40 tahun adalah permulaan perjalanan hidup seorang mukmin dan umur ini adalah permulaan perjalanan seseorang itu menuju kejayaan ataupunkehancuran....' umur 40 tahun juga menandakan seseorang itu telah matang dan boleh menerima sesuatu buah fikiran dengan tenang danbersedia. 'Kain putih itu ..... ibarat IMAN dan kita......anugerah ALLAH yang sangat bersih dan suci diamanahkan kita supaya membawa kemana2 menjaga dan memeliharanya dari kekotoran. ......selama hayat kita hingga kita harus memulangkan semula hak ALLAH apabila kita dipanggil menghadapNya satu hari nanti.....apakah nanti kain itu akan seperti keadaan asalnya bersih dan putih atau bagaimana?'

Anak : 'tapi ayah...mana mungkin seperti keadaan asalnya'
Ayah: 'betul! tapi adakah kita berusaha untuk menjaga kain tersebut? Selamatkan ia dari kekotoran?...
Anak: 'Bagaimana nak selamatkan dari kekotoran?’
Ayah: ’hmmmm...bilaslah kain itu dengan wudukmu, bilaslah lagi 5 kali sehari sebagaimana kamu mengambil wuduk sehingga hilang kekotorannya, sempurnakan segala rukun yang wajib baginya jika masih ada tompok kotornya bilaslah pula denganzikir, sunatnya, taubatnya... umpama sabun dan pewangi ulangilah lagisetiap hari'.
Anak: 'ayah bagaimana kalau masih tertinggal juga kotornya'
Ayah: 'itulah 'nar' - bermaksud apineraka......' na'auzubillah....
Tercenang si anak mendengarnya...

Kesimpulan taskirah :IMAN itu seperti sehelai kain putih setiap hari hendaklah dipelihara,janganlah dikotorkan, dilemparkan, di sepah-sepahkan hingga akan mengotorkan kain tersebut...jika kotor, bersihkanlah semula, kotor lagi bersihkan lagi begitulah.hingga kita di panggil semula kepadaNya untuk memulangkan kain putih tersebut.....kalau masih bersih (sungguh pun tidak seperti asal) alhamdullilah, insyallah rahmat ALLAH
meliputi, tetapi AWAS jika langsung tercemar mana mungkin kemuliaan itu akan dicapai.

Selasa, 2 Februari 2010

ALLAH PASTI MEMBERI YANG TERBAIK

Setiap manusia pastinya selalu menginginkan yang terbaik. Mendapat segala yang terbaik dan mengusahakan sesuatu yang terbaik, baik untuk dirinya mahupun untuk orang-orang yang tersayang

Salah satu sifat seorang Muslim ialah selalu memohon dan meminta pada Allah, Zat yang Maha Kuasa. Satu persepsi dan pegangan bagi seseorang yang bepegang teguh bahawa jika mahukan sesuatu, mintalah pada Allah kerana Dia pasti tidak pernah menghampakan.

Meminta pada manusia, sekali dua kali, mungkin diberinya, tapi mungkin tidak pada permintaan yang berikutnya....tetapi jika berkehendakkan sesuatu, mintalah pada Allah, kerana Dia pasti tidak jemu dan bosan untuk menunaikannya, terkadang juga tidak diminta, diberi-Nya pula.

Mungkin terselit ungkapan tulus dalam bait-bait kata dalam banyak-banyak doa yang dipohonkan kepada Ilahi ... “ Ya Allah, berikanlah yang terbaik untukku....”. Tetapi terkadang manusia lupa, terkadang yang dirasakan terbaik untuk diri kita menurut kacamata kita adalah yang terburuk untuk kita menurut pandangan Allah.

“.............Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui...” (QS: 216)

Sebaliknya, berkatalah...”Ya Allah, berikanlah yang terbaik untukku, yang Engkau rasakan terbaik untukku...”.

Terkadang juga manusia itu lupa, bahawa yang dilaluinya dan diterimanya itulah yang diminta daripada Allah. Kita terkadang sering lupa, yang datang itulah yang terbaik untuk kita. Tanpa kita pinta, sesuatu ujian yang amat berat datang menjengah untuk mewarnai kehidupan dan menguji kesabaran kita.

Suatu ujian yang dirasakan berat untuk dipikul dan terasa hilang kesabaran menghadapinya. Ujian yang kita tidak minta tetapi ia datang. Sedangkan
kita lupa, bahawa ujian itulah yang kita minta daripada Allah, sesuatu yang ‘terbaik’ untuk kita. Ibrah yang ‘terbaik’ untuk kita...untuk menjadikan kita yang ‘terbaik’ di pandangan Allah.

Begitulah, setiap sesuatu yang ‘terbaik’ itu, amat tinggi nilainya di
mata Allah, tiap sesuatu yang ‘terbaik’ itu juga amat tinggi pengorbanannya pada Allah, tinggal pada diri kita, adakah kita sanggup untuk menghadapinya untuk
mendapatkan yang terbaik itu serta sentiasa berbaik sangka kepada Allah atau sebaliknya......

Janganlah kita menjadi hamba yang kufur akan nikmat-Nya, hanya kerana belum diberi apa yang diinginkan. Yakinlah, Allah Maha Tahu apa yang terbaik
bagi hamba-Nya. Lihatlah sisi positifnya dari setiap keadaan kita.Yang manapun kita, bersabarlah..

2010

Agak lama gak la aku tak update blog ni....idea cam tak dak jer nak merapu dlm ni...tambah sem baru dh start..campur plak ngan kerja..agak serabut la skit(walaupun serabut kerja tu % nya kecik)...
sedar tak sedar dah masuk bln kedua dlm thn baru ni...bulan kedua ni jgk bermakna umur aku akan bertambah 1 angka lg..huhuhuhuhukk..agak tua dh..sbb dh tergelincir skir dr suku abad...tp org ckp apa ada pada umur...umur kan hanya sekadar angka yang akan berubah dan bertambah setahun ke setahun...so lalui jer la...takkan nak undur kot..heheheheheheh(ayat sedapkan hati sendiri)..thn lepas byk ngajar aku ttg hidup..byk pengalaman..suka..duka..sedih..gembira..byk sgt..syukur.. pengalaman tu semua mmg berguna...berguna sgt.....

thn br ni byk benda baru bertambah dlm jadual idup aku...salah satunya aku br jer bela kucin...comeiiiiiii(secomel aku)heheheheheheh...tp aku rasa ok gak bela kucin tu..leh jadi teman mak aku yg dh pencen tu..tak la mak aku sunyi kat umah time kami semua p kerja....

kucinnnn......aku kasik nama jipang ngan capang..tp last2 nama meow gak yg lekat...aku sebut meow jer...dua dua dtg.....ni la kucin aku..comell???.........>

Memuliakan tetangga dan tamu

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbicara yang baik atau diam. Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia memuliakan tetangganya. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya. [HR Muslim]